Saturday, January 22, 2011

tanya sama hati

punya hatikah kamu,
menghiris yang terhiris,
sedang dia dengan hati yang meluluh.
mana hati mu,
meluka yang terluka,
taktala mata berkaca derai.
itukah hati mu,
menjadi kawan yang lawan,
kerana kamu bersenang-senang,
itu palsu yang sangat pedih ditelan.
di mana rasa hati mu,
dengan sahaja kaku melihat,
memandang kosong tanpa rasa,
sedang dia dengan duka nestapa.