Saturday, April 16, 2011

cukup

hari itu yang mana waktu dulu2
mungkin yg terakhir kali
kisah monyet aku
cukup.


ini hari dan sampai kapan pun
aku suka sendiri begini
yang mana aku bebas terbang
dengan posisi yang betul
dengan arah yang aku rasa perlu dan satu keperluan
dengan rendahnya diri bersama resmi padi
cukup.


hari yang di hadapan
mungkin aku berpacar dan punya teman
hidup dan mati
cukup kalau dia tahu aku pelengkap rusuk kiri dia
siapa di sekitar yang aku sayang
dan apa2 selagi ada aku
cukup kalau dia pun tahu gunanya dia sebagai ketua bukan raja segala benda.

aku akan cukup sayang dia...

Wednesday, April 13, 2011

ini bukan kisah cinta, alkisahnya kunci

kau itu jadinya laki-laki
patut kau lebih tahu
apa perlu kau buat sebelum yang namanya perempuan itu bangun.


kau bikin malu
itu hakikatnya yang aku nampak
kau malas
kau egois
kau poyo.
maaf aku emosi lagi.

kenapa tak bisa dahulukan kudrat kau?
kau buat aku pandang kau sifar
walhal kau bijak dari aku
walhal ada yg pernah intai2 kau dulu
ini bukan kisah cinta
cuma alkisahnya kunci dan etika lelaki.

maaf aku bukan mahu kau jadi badang
berpoyo gentleman di hadap perampuan
atau aku sendiri plastik di depan umum
jadi heroin penyelamat keadaan
cukup kau tahu
kau itu laki-laki, bertindaklah sebagai lelaki.

aku cuma emosi lima minit
maaf, aku akan lupa nanti.

aku mahu bilang

maaf
aku emosi tiba2, tidak patut untuk itu
itu bukan hak aku.
hari itu tiba2 jadi kosong
sifar untuk aku
aku harap cuma hari itu.
makanya hari ini bisa aku tulis2
cakap apa yg aku mahu bilang
ya aku marah, dulu
ya aku terguris sedikit
ya aku benci emosi begitu
ya aku rindu..

sampah

jangan kau sampah2 kan dia
kau tentu perlu dia nanti.
waktu itu kau bertiga2
dia cuma seorang dengan sampah2 itu
gigihnya beliau dengan tangan2 dan kaki2
kudrat kau cuma melihat.
aku tahu beliau kuat
cuba sedaya mungkin untuk berdiri sendiri
tapi mana bisa untuk aku
mana dia yang namanya anak?
aku gundah tiba2
aku juga anak, bimbang aku kalau
aku hanya bilang kalau..

jauhkan aku dari itu.

Sunday, April 3, 2011

senyum

hey kau sini
lihat aku kembali senyum
pada dimensi baru ini aku lakar
dimensi baru ini aku gambar
ya aku saja nampak hakikatnya
bila nanti aku puas sendirian.

ini aku si pelajar
memang patut aku belajar
bukan berpoyo dewasa pada mata umum
cukup sekadar matang akalnya
yang benar tingkahnya
agar bisa yang lain terima juga.

aku harap tidak lagi cepat amarah
benar aku bisa dan punya hak
makanya perlu kena pada tempat dan masa
bukan suka-suka
aku ini manusia biasa-biasa
jadi ada tika kita ini sama.

harap aku senyum
sampai hujung semester ini
biar dengan lambakan kerja
tak apa aku senyum
apa-apa jua yg akan datang aku senyum
ini sesi pulangkan semula semangat aku.

ya sekarang aku senyum
sampai bila dan apa pun aku mahu senyum.

Saturday, April 2, 2011








beruang dan kambing

payahnya aku untuk berperasaan
kaku, diam, bisu
kau tak tahu hati aku.
benar aku sayang
kamu aku utamakan
kotak hati kamu
apa2 tentang kamu
tak pernah aku singkirkan
bagaimana bisa.
aku punya hati, cuma satu
bagaimana bisa aku omongkan
aduhai merah muka
sengih2 sendirian
berair mata sadis akhirnya.
untuk kamu beruang
dan aku sang kambing
masih kita berjalan sambil lari2
jatuh dan berdiri
usah terlihat ukiran sumbing.