Friday, March 25, 2011

kita ini sama

tiada bezanya kita
menumpang cuma di bumi Allah ini
bukan kita-kita saja
malah sekaliannya
segala yang di langit dan di bumi.
tiada bezanya kita
sedang nafas berbekal oksigen yg sama
tiada berperisa
masih mahu angkuh
berhidung tinggi dan egois.
masih mahu kata maha benar
sedang terang-terang salah posisinya
sedang jelas-jelas pesong faktanya
sedang memang benar tiada benarnya.
kita, kau aku sama
jadinya dari tanah
maka cuba kita duduk sama tinggi dan rendahnya
nyahkan angkuh kau
singkirkan egois aku.

tenang bukan?

Wednesday, March 23, 2011

mana lari motivasi diri

lelap aku dalam kuliah ini hari
cakap-cakap di hadap aku nguapkan
intai-intai si bunga kacukan
paling tidak hormat juga aku.

berkali-kali aku malas
bersua si kumbang penang
langsung tidak ke kuliah
paling selamat punya musabab utuh
maka besok saja mata bertentang.

mana lari motivasi diri?
mana hilang si rajinnya kaki?

aku guna sepenuhnya itu hari
ya dua minggu sebelum minggu ini
jadinya sangat perlu bersenang-senang
sayangnya aku sukar.

Friday, March 18, 2011

perang petir di Shah Alam

sudahnya aku takut
lihat cahaya terang yg kejap ada
dan hilang
kemudiannya hadir lagi bersama gema
ya itu petir hakikatnya
benar aku takut.

bisa buat aku tenang
cuma rintik hujan
yang sejuknya aku suka
yang baunya nyaman saja.

guruh, petir
seperti perang-perang
lagi benar-benar aku takut
yang sana bom sini bom
katup-katup mata aku.

lagi petir datang
kami sebilik pandang-pandang
cuak semakin
takut bukan main
Ya Allah,
jangan Malaysia
Kau duga dengan yg maha dasyat
Aku mohon Ya Allah.

Tuesday, March 15, 2011

OPKIM

di awalnya, aku kira sedikit celaru
dengan tiada aturan
dengan sedikit keliru
dengan tak punya yakin
dengan cuak yg semakin.
mujur adanya mereka
mata yg kabur, mereka jelaskan
hati yg gundah, mereka tenangkan
bebelan aku, mereka diamkan.
bisa aku ngerti
memang aku terkalut sendiri
memang aku takut diri
tak sedikit, aku simpan dalam hati.
ini sesi belajar aku
jadinya aku terima, senyum
dan di akhirannya aku puas.

terima kasih kawan2.

Monday, March 14, 2011

Allah mendengar aku

waktu itu
dalam tahun yang sama ketika aku menulis ini
amarah dan terlalu sadis
terlihat yang berdua tiada memperduli yang seorang
mungkin tiada terlintas waktu itu.

yang ketika itu situasinya begini

di celahan ramai2 orang dalam satu keramaian
yang berdua duduk menadah pinggan
makanan enak lazat disukai ramai
tiada memandang pada seorang ini
yang cuma di sebelah.
yang seorang itu makcik tua
yang bukannya pensyarah
yang bukannya muda dan bergaya
yang cuma berpakaian uniform
yang menjaga bersihnya fakulti kita.

mengapa begitu?
hulurlah sedikit dua dikit
itu cukup
barangkali seorang itu ingin merasa
mana peka kamu
kawan2 yg aku sayang?

mungkin waktu itu kamu lupa
aku cukup takut aku alpa bila-bilanya.

waktu itu
bukan pada hari yang sama.

Allah mendengar aku
bila mana aku janji
bila mana aku ketemu seorang itu
bila mana suratan atau kebetulan
aku puas dan senyum
dia gumbira

Aku betul senyum puas waktu itu.

Thursday, March 3, 2011

mana yang berdua

hari ini
dalam kalangan ramai-ramai orang
aku lihat kau.
sedang keramaian itu
langsung tiada toleh pada kau
kecewa mungkin, kau.

aku tunduk mencari raut
sambil kebil-kebil mata
kuning mata dengan kulit  kusam
lusuh baju tak berganti
dengan mangkuk syiling dan wang kertas
sambil bersila
kau minta belas.

bodoh!

mana yang berdua?
yang patut beri kau makan pakai
sisir rambut kau
hulur tangan
suap kau dengan penat lelah berdua.

mana?
lari bertiga-tiga cari jalan ke neraka
atau jejak yang satu
jalan berdua-dua tuju destinasi jahanam.

dan untuk kau si cilik
bukan keping syiling aku suakan
bukan wang kertas aku bazirkan
yang memang bukan milik kau, nanti.

cuma air
yang cuma hak kau
kau saja aku halalkan.