Saturday, May 21, 2011

maaf

aku sesak dgn setiap tanya kau
aku jadi amarah
hingga rasa mahu nangis dan jerit semahunya
dan kadang aku bosan.
apa kau mahu
hingga aku tiada ruang untuk rasa sedikit aman
aku penat beremosi
aku nangis sendiri
tak tertanggung kali itu!!!!!
maaf aku benar marah dengan laku kau
kali itu betul mau kau rasa bahang aku
untuk kau faham aku mahu ruang.

aku ini jika kau benar mahu tahu
marahnya deras dan keras
muka ketat garangnya jelas
bicaranya pedas
dan aku jika kau benar faham hingga kenal
sisi aku yang simbolnya begini
+
kau akan benar2 tahu aku.

hingga buat aku tahu posisi kau.

Wednesday, May 11, 2011

hari pulang sebelum datang dan pergi

semalam merdekanya aku
senyum sampai telinga.
sebelum pulang agar yang baik2 aggregatnya nanti
cuma keperluan yang perlu untuk aku
itu cukup dan syukur.


benar aku rindu rumah beratap biru
yg hijau catnya hampir luntur
sejuk malam bak pendingin
dan siangnya sama di mana2 tika ini.


sekarang celciusnya hampir kemarau mungkin
bikin tidur malam aku tak lena
tapi rumah atap biru itu
sejuk hari malamnya aku sayang dan rindu.


hari ini pulang
dan datang lagi nanti
tiba semester baru janji aku akan pergi puncak
puncak alam aku kira
harap tempat baru itu dingin di siang dan malamnya
aku tentu suka.