Saturday, August 27, 2011


Diamnya si aku itu amarah
Menyirap segala merahnya darah
Membutakan mata
Membisu  segala kata
Dipekak telinga segala
Kau fikir aku apa?
Ku hamparkan segala rasa
Sayang
Ku tabur segala rindu
Dendam
Untuk sekalian yang punya aku
Tempat bergantungan aku sampai mati.

Sunday, August 21, 2011

Tetamu Senja, A. SAMAD SAID

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
Si acik 
Kalau dah sayang
Apa pun diperkenankan.
Di katanya nenas habitatnya spongebob
Memang logik akalnya si budak.
Gelak saja si aku pun..
Marahkan aku
Selayaknya aku.
Tulikan apa aku bilang
Kau kata itu tipu
Jadinya aku diam, omong tidak.

Mahu kau tahu?
Saksinya, sang angin ribut
Pelakunya, kau aku dan kerangan bakar.

Friday, July 29, 2011

Nikmat, A. Samad Said


Segala yang dihasrat

tapi tak didapat

adalah nikmat

yang paling padat.




(Nikmat, 1973)

Thursday, July 28, 2011

Gampangnya yg kecil diperbesar
Asalkan punya kuasa wang.
Dicanang2kan, digembar-gemburkan, ditokok tambahkan
Maha haram katanya
Biar amarah sang pendengar
Walhal langsung tiada benarnya
Tipu semata.
Entah mana lg harapan di bahu
Sedang kuasa, raja seantero dunia
Sedang wang, raja di mana2.
Tibanya nanti si hawa dikuli2 sana sini
Sedang dia sang pemeluk tubuh
Yg keringatnya tiada.
Nanti juga hawa dibentak2
Maha benar katanya dia
Jelas benar sisi condong adilnya.
Aduhai
Pesona sang2 diktator  yang tiada tara
Sedang begini, tiada nanti kami pemimpin.
Kalau tidak diterus langkah
Manakan tahu destinasi dituju.
Waktu aku berhenti ianya cuma kosong
Tiada lagi berselirat kusut
Maka aku kembali bertatih
Sambil jatuh yg sakitnya aku akan lupa
Sedikit dua dikit aku menapak
Ingin aku berjalan sambil lari2
Harapnya kalian menanti.

Thursday, June 23, 2011

Cemburuan aku bukan dengki
Jauh lg berhasad dengki.
Utk mereka2 yg senyum smp telinga
Aku sekalian senyum
Cuma agak sumbing.
Masih bukan di pihak aku.

bangun!!!

ini yg terakhir
walau berselirat dgn kusut
walau jatuh dan aku bangun
dan jatuh lagi
aku mesti bangun!!

ini untuk orang2 yg aku sayang.

Saturday, June 11, 2011

serasa bersalah sudut kecil aku
walhal cuma comel isunya.
ini minah tonggek
itu senah pot pet.
senyum simpul aku pagi ini
sumpah terpaling comel..

manisnya sweet potato
halus saja..

Tuesday, June 7, 2011

Akhir2 ini kosong
Sifar.
Betapa kacau
Berselirat dgn kusut.
Sedang begitu penting datang menghampir
Mana mahu larinya aku
Sana sini maha sama.

Thursday, June 2, 2011

kalau aku level nya dalam istana
bersimpuhnya atas singgahsana
kau aku belum tentu kawan
jauh lagi untuk kenal2.


hari ini menjadi kawan
aku ada di setiap perubahan kau
aku nampak
aku fikir
ya kau berbatu2 berubah.


imaginasi kau melangit
angan2 aku
cuma dgn tulisan dan cakap2.
pernah aku berangan2 kan bintang syurga
yg jauhnya cuma dunia
itu pun cuma bentar
dan aku terus sedar.

pernah dahulu aku khilaf
mencari yg sejati abadi
hingga kini masih kuat sendiri, bisa berdiri.

pernah aku minta cepat ajalnya
agar tak bergunung-ganang dosa
berpada-pada juga aku
mohon panjang angka umurnya
mudah rezekinya
puas dengan apa yg perlu aku ada.

apa2 alkisahnya ini hari
ianya paksi mula apa yg di hadap.

Saturday, May 21, 2011

maaf

aku sesak dgn setiap tanya kau
aku jadi amarah
hingga rasa mahu nangis dan jerit semahunya
dan kadang aku bosan.
apa kau mahu
hingga aku tiada ruang untuk rasa sedikit aman
aku penat beremosi
aku nangis sendiri
tak tertanggung kali itu!!!!!
maaf aku benar marah dengan laku kau
kali itu betul mau kau rasa bahang aku
untuk kau faham aku mahu ruang.

aku ini jika kau benar mahu tahu
marahnya deras dan keras
muka ketat garangnya jelas
bicaranya pedas
dan aku jika kau benar faham hingga kenal
sisi aku yang simbolnya begini
+
kau akan benar2 tahu aku.

hingga buat aku tahu posisi kau.

Wednesday, May 11, 2011

hari pulang sebelum datang dan pergi

semalam merdekanya aku
senyum sampai telinga.
sebelum pulang agar yang baik2 aggregatnya nanti
cuma keperluan yang perlu untuk aku
itu cukup dan syukur.


benar aku rindu rumah beratap biru
yg hijau catnya hampir luntur
sejuk malam bak pendingin
dan siangnya sama di mana2 tika ini.


sekarang celciusnya hampir kemarau mungkin
bikin tidur malam aku tak lena
tapi rumah atap biru itu
sejuk hari malamnya aku sayang dan rindu.


hari ini pulang
dan datang lagi nanti
tiba semester baru janji aku akan pergi puncak
puncak alam aku kira
harap tempat baru itu dingin di siang dan malamnya
aku tentu suka.

Saturday, April 16, 2011

cukup

hari itu yang mana waktu dulu2
mungkin yg terakhir kali
kisah monyet aku
cukup.


ini hari dan sampai kapan pun
aku suka sendiri begini
yang mana aku bebas terbang
dengan posisi yang betul
dengan arah yang aku rasa perlu dan satu keperluan
dengan rendahnya diri bersama resmi padi
cukup.


hari yang di hadapan
mungkin aku berpacar dan punya teman
hidup dan mati
cukup kalau dia tahu aku pelengkap rusuk kiri dia
siapa di sekitar yang aku sayang
dan apa2 selagi ada aku
cukup kalau dia pun tahu gunanya dia sebagai ketua bukan raja segala benda.

aku akan cukup sayang dia...

Wednesday, April 13, 2011

ini bukan kisah cinta, alkisahnya kunci

kau itu jadinya laki-laki
patut kau lebih tahu
apa perlu kau buat sebelum yang namanya perempuan itu bangun.


kau bikin malu
itu hakikatnya yang aku nampak
kau malas
kau egois
kau poyo.
maaf aku emosi lagi.

kenapa tak bisa dahulukan kudrat kau?
kau buat aku pandang kau sifar
walhal kau bijak dari aku
walhal ada yg pernah intai2 kau dulu
ini bukan kisah cinta
cuma alkisahnya kunci dan etika lelaki.

maaf aku bukan mahu kau jadi badang
berpoyo gentleman di hadap perampuan
atau aku sendiri plastik di depan umum
jadi heroin penyelamat keadaan
cukup kau tahu
kau itu laki-laki, bertindaklah sebagai lelaki.

aku cuma emosi lima minit
maaf, aku akan lupa nanti.

aku mahu bilang

maaf
aku emosi tiba2, tidak patut untuk itu
itu bukan hak aku.
hari itu tiba2 jadi kosong
sifar untuk aku
aku harap cuma hari itu.
makanya hari ini bisa aku tulis2
cakap apa yg aku mahu bilang
ya aku marah, dulu
ya aku terguris sedikit
ya aku benci emosi begitu
ya aku rindu..