Monday, February 21, 2011

celik yang buta

dongak aku pandang kau
sambil kelip-kelip mata
pegun aku untuk satu jangka masa
itu kau yang di atas ledang

pernah kau menunduk sedikit banyak
untuk melihat yang tidak nampak
seperti aku
dalam golongan kebanyakan?

ya!

aku
tidak cukup rupawan
bukan berwang
tiada pengaruh kawan
akal tak setinggi awan
kerana itu kau buta

pada sisi aku
kau
si celik yang buta.

No comments:

Post a Comment