tiada bezanya kita
menumpang cuma di bumi Allah ini
bukan kita-kita saja
malah sekaliannya
segala yang di langit dan di bumi.
tiada bezanya kita
sedang nafas berbekal oksigen yg sama
tiada berperisa
masih mahu angkuh
berhidung tinggi dan egois.
masih mahu kata maha benar
sedang terang-terang salah posisinya
sedang jelas-jelas pesong faktanya
sedang memang benar tiada benarnya.
kita, kau aku sama
jadinya dari tanah
maka cuba kita duduk sama tinggi dan rendahnya
nyahkan angkuh kau
singkirkan egois aku.
tenang bukan?
Friday, March 25, 2011
Wednesday, March 23, 2011
mana lari motivasi diri
lelap aku dalam kuliah ini hari
cakap-cakap di hadap aku nguapkan
intai-intai si bunga kacukan
paling tidak hormat juga aku.
berkali-kali aku malas
bersua si kumbang penang
langsung tidak ke kuliah
paling selamat punya musabab utuh
maka besok saja mata bertentang.
mana lari motivasi diri?
mana hilang si rajinnya kaki?
aku guna sepenuhnya itu hari
ya dua minggu sebelum minggu ini
jadinya sangat perlu bersenang-senang
sayangnya aku sukar.
cakap-cakap di hadap aku nguapkan
intai-intai si bunga kacukan
paling tidak hormat juga aku.
berkali-kali aku malas
bersua si kumbang penang
langsung tidak ke kuliah
paling selamat punya musabab utuh
maka besok saja mata bertentang.
mana lari motivasi diri?
mana hilang si rajinnya kaki?
aku guna sepenuhnya itu hari
ya dua minggu sebelum minggu ini
jadinya sangat perlu bersenang-senang
sayangnya aku sukar.
Friday, March 18, 2011
perang petir di Shah Alam
sudahnya aku takut
lihat cahaya terang yg kejap ada
dan hilang
kemudiannya hadir lagi bersama gema
ya itu petir hakikatnya
benar aku takut.
bisa buat aku tenang
cuma rintik hujan
yang sejuknya aku suka
yang baunya nyaman saja.
guruh, petir
seperti perang-perang
lagi benar-benar aku takut
yang sana bom sini bom
katup-katup mata aku.
lagi petir datang
kami sebilik pandang-pandang
cuak semakin
takut bukan main
Ya Allah,
jangan Malaysia
Kau duga dengan yg maha dasyat
Aku mohon Ya Allah.
lihat cahaya terang yg kejap ada
dan hilang
kemudiannya hadir lagi bersama gema
ya itu petir hakikatnya
benar aku takut.
bisa buat aku tenang
cuma rintik hujan
yang sejuknya aku suka
yang baunya nyaman saja.
guruh, petir
seperti perang-perang
lagi benar-benar aku takut
yang sana bom sini bom
katup-katup mata aku.
lagi petir datang
kami sebilik pandang-pandang
cuak semakin
takut bukan main
Ya Allah,
jangan Malaysia
Kau duga dengan yg maha dasyat
Aku mohon Ya Allah.
Tuesday, March 15, 2011
OPKIM
di awalnya, aku kira sedikit celaru
dengan tiada aturan
dengan sedikit keliru
dengan tak punya yakin
dengan cuak yg semakin.
mujur adanya mereka
mata yg kabur, mereka jelaskan
hati yg gundah, mereka tenangkan
bebelan aku, mereka diamkan.
bisa aku ngerti
memang aku terkalut sendiri
memang aku takut diri
tak sedikit, aku simpan dalam hati.
ini sesi belajar aku
jadinya aku terima, senyum
dan di akhirannya aku puas.
terima kasih kawan2.
dengan tiada aturan
dengan sedikit keliru
dengan tak punya yakin
dengan cuak yg semakin.
mujur adanya mereka
mata yg kabur, mereka jelaskan
hati yg gundah, mereka tenangkan
bebelan aku, mereka diamkan.
bisa aku ngerti
memang aku terkalut sendiri
memang aku takut diri
tak sedikit, aku simpan dalam hati.
ini sesi belajar aku
jadinya aku terima, senyum
dan di akhirannya aku puas.
terima kasih kawan2.
Monday, March 14, 2011
Allah mendengar aku
waktu itu
dalam tahun yang sama ketika aku menulis ini
amarah dan terlalu sadis
terlihat yang berdua tiada memperduli yang seorang
mungkin tiada terlintas waktu itu.
yang ketika itu situasinya begini
di celahan ramai2 orang dalam satu keramaian
yang berdua duduk menadah pinggan
makanan enak lazat disukai ramai
tiada memandang pada seorang ini
yang cuma di sebelah.
yang seorang itu makcik tua
yang bukannya pensyarah
yang bukannya muda dan bergaya
yang cuma berpakaian uniform
yang menjaga bersihnya fakulti kita.
mengapa begitu?
hulurlah sedikit dua dikit
itu cukup
barangkali seorang itu ingin merasa
mana peka kamu
kawan2 yg aku sayang?
mungkin waktu itu kamu lupa
aku cukup takut aku alpa bila-bilanya.
waktu itu
bukan pada hari yang sama.
Allah mendengar aku
bila mana aku janji
bila mana aku ketemu seorang itu
bila mana suratan atau kebetulan
aku puas dan senyum
dia gumbira
Aku betul senyum puas waktu itu.
dalam tahun yang sama ketika aku menulis ini
amarah dan terlalu sadis
terlihat yang berdua tiada memperduli yang seorang
mungkin tiada terlintas waktu itu.
yang ketika itu situasinya begini
di celahan ramai2 orang dalam satu keramaian
yang berdua duduk menadah pinggan
makanan enak lazat disukai ramai
tiada memandang pada seorang ini
yang cuma di sebelah.
yang seorang itu makcik tua
yang bukannya pensyarah
yang bukannya muda dan bergaya
yang cuma berpakaian uniform
yang menjaga bersihnya fakulti kita.
mengapa begitu?
hulurlah sedikit dua dikit
itu cukup
barangkali seorang itu ingin merasa
mana peka kamu
kawan2 yg aku sayang?
mungkin waktu itu kamu lupa
aku cukup takut aku alpa bila-bilanya.
waktu itu
bukan pada hari yang sama.
Allah mendengar aku
bila mana aku janji
bila mana aku ketemu seorang itu
bila mana suratan atau kebetulan
aku puas dan senyum
dia gumbira
Aku betul senyum puas waktu itu.
Thursday, March 3, 2011
mana yang berdua
hari ini
dalam kalangan ramai-ramai orang
aku lihat kau.
sedang keramaian itu
langsung tiada toleh pada kau
kecewa mungkin, kau.
aku tunduk mencari raut
sambil kebil-kebil mata
kuning mata dengan kulit kusam
lusuh baju tak berganti
dengan mangkuk syiling dan wang kertas
sambil bersila
kau minta belas.
bodoh!
mana yang berdua?
yang patut beri kau makan pakai
sisir rambut kau
hulur tangan
suap kau dengan penat lelah berdua.
mana?
lari bertiga-tiga cari jalan ke neraka
atau jejak yang satu
jalan berdua-dua tuju destinasi jahanam.
dan untuk kau si cilik
bukan keping syiling aku suakan
bukan wang kertas aku bazirkan
yang memang bukan milik kau, nanti.
cuma air
yang cuma hak kau
kau saja aku halalkan.
dalam kalangan ramai-ramai orang
aku lihat kau.
sedang keramaian itu
langsung tiada toleh pada kau
kecewa mungkin, kau.
aku tunduk mencari raut
sambil kebil-kebil mata
kuning mata dengan kulit kusam
lusuh baju tak berganti
dengan mangkuk syiling dan wang kertas
sambil bersila
kau minta belas.
bodoh!
mana yang berdua?
yang patut beri kau makan pakai
sisir rambut kau
hulur tangan
suap kau dengan penat lelah berdua.
mana?
lari bertiga-tiga cari jalan ke neraka
atau jejak yang satu
jalan berdua-dua tuju destinasi jahanam.
dan untuk kau si cilik
bukan keping syiling aku suakan
bukan wang kertas aku bazirkan
yang memang bukan milik kau, nanti.
cuma air
yang cuma hak kau
kau saja aku halalkan.
Monday, February 28, 2011
hari penuh pura
kau tak tahu
bila mana aku ketawa
hujan lebat
basah kuyup hati aku.
kau tak tahu
bila mana aku bilang ok
aku amarah
kecewa bukan kepalang.
kau tak tahu
aku sakit
bila mana kau buat tak tahu
kerana dia
kesayangan aku.
kau tak tahu
dulu aku cuma punya kamu
sekarang aku punya banyak
seperti mu.
aku tahu
apa dalam hati mu
yang berselirat dengan kusut
yang takut dengan sakit
yang silap dengan masa lalu
yang tanpa sengaja
bikin hati kesayangan aku
hancur.
kita pernah kawan
itu dulu
dunia akhirat kata kau.
perlu aku pegang lagi?
bila mana aku ketawa
hujan lebat
basah kuyup hati aku.
kau tak tahu
bila mana aku bilang ok
aku amarah
kecewa bukan kepalang.
kau tak tahu
aku sakit
bila mana kau buat tak tahu
kerana dia
kesayangan aku.
kau tak tahu
dulu aku cuma punya kamu
sekarang aku punya banyak
seperti mu.
aku tahu
apa dalam hati mu
yang berselirat dengan kusut
yang takut dengan sakit
yang silap dengan masa lalu
yang tanpa sengaja
bikin hati kesayangan aku
hancur.
kita pernah kawan
itu dulu
dunia akhirat kata kau.
perlu aku pegang lagi?
Monday, February 21, 2011
celik yang buta
dongak aku pandang kau
sambil kelip-kelip mata
pegun aku untuk satu jangka masa
itu kau yang di atas ledang
pernah kau menunduk sedikit banyak
untuk melihat yang tidak nampak
seperti aku
dalam golongan kebanyakan?
ya!
aku
tidak cukup rupawan
bukan berwang
tiada pengaruh kawan
akal tak setinggi awan
kerana itu kau buta
pada sisi aku
kau
si celik yang buta.
sambil kelip-kelip mata
pegun aku untuk satu jangka masa
itu kau yang di atas ledang
pernah kau menunduk sedikit banyak
untuk melihat yang tidak nampak
seperti aku
dalam golongan kebanyakan?
ya!
aku
tidak cukup rupawan
bukan berwang
tiada pengaruh kawan
akal tak setinggi awan
kerana itu kau buta
pada sisi aku
kau
si celik yang buta.
Wednesday, February 16, 2011
ketika bulan bintang berpacar
tadi malam
ketika bulan bintang
berpacar
aku susah tidur.
terkesan aku
dengan mainan sang durja
mimpi maha dasyat
dari igauan dulu-dulunya
penat dengan watak aku dukung
lelah aku terjaga
bermain dengan emosi jiwa
raga
entah ke mana larinya.
aku tidur lagi
ah! berepisod drama!
berplot filem malaya
mana logiknya igauan aku.
nyah kau durja
sesungguhnya aku terpelihara.
ketika bulan bintang
berpacar
aku susah tidur.
terkesan aku
dengan mainan sang durja
mimpi maha dasyat
dari igauan dulu-dulunya
penat dengan watak aku dukung
lelah aku terjaga
bermain dengan emosi jiwa
raga
entah ke mana larinya.
aku tidur lagi
ah! berepisod drama!
berplot filem malaya
mana logiknya igauan aku.
nyah kau durja
sesungguhnya aku terpelihara.
Monday, February 14, 2011
sesi budak nakal
bajuku
kau basuh kau sidai
kau angkat kau lipat
pandang depan tengok slide
pandai berlakon
penuh berbakat
walhal
otak sudah mampat
penuh idea
terus lompat.
p/s : ini karya shery, a.k.a jelita anggun, dan liyana shazanna
mereka ganggu tumpuan aku pagi td waktu tempatan
ketika kuliah ctu553
dengan mengirim ini pada aku.
dan aku balas dengan ini :
laut itu
bukan kau punya
baju kuning pekat aku suka
hitam legam itu
kau dan saya.
mereka balas ini :
tangan kau gagah perkasa
tulis puisi memang kau tera
mulut kau bising bak gerudi
jejari kau runcing macam bendi.
aku balas ini :
fizik aku tidak perkasa
aku cuma, si bunga
yang gedik
yang mengada
ah, itu biasa
dan pasti kau juga!!!
aku lihat yana tergelak besar, dan shery simpul2 malunya.
sesi kami habis di situ,
dan kami berbalik pada puan Himmah yang melontar kata.
kau basuh kau sidai
kau angkat kau lipat
pandang depan tengok slide
pandai berlakon
penuh berbakat
walhal
otak sudah mampat
penuh idea
terus lompat.
p/s : ini karya shery, a.k.a jelita anggun, dan liyana shazanna
mereka ganggu tumpuan aku pagi td waktu tempatan
ketika kuliah ctu553
dengan mengirim ini pada aku.
dan aku balas dengan ini :
laut itu
bukan kau punya
baju kuning pekat aku suka
hitam legam itu
kau dan saya.
mereka balas ini :
tangan kau gagah perkasa
tulis puisi memang kau tera
mulut kau bising bak gerudi
jejari kau runcing macam bendi.
aku balas ini :
fizik aku tidak perkasa
aku cuma, si bunga
yang gedik
yang mengada
ah, itu biasa
dan pasti kau juga!!!
aku lihat yana tergelak besar, dan shery simpul2 malunya.
sesi kami habis di situ,
dan kami berbalik pada puan Himmah yang melontar kata.
biar aku buta
kamu
buka bulat-bulat mata itu
lihat ke seluruhnya
apa kamu saja
punya mata?
kamu
cuba diam bentar
fungsikan gegendang mu
apa kamu saja
punya suara?
......
aku
cuma harap aku buta
pada sisi logik dunia
memang patut aku buta.
buta aku
tidak pada hati
dan tentu tidak tuli.
biar bisa aku hadap
rasional
memikir cuma yang benar.
buka bulat-bulat mata itu
lihat ke seluruhnya
apa kamu saja
punya mata?
kamu
cuba diam bentar
fungsikan gegendang mu
apa kamu saja
punya suara?
......
aku
cuma harap aku buta
pada sisi logik dunia
memang patut aku buta.
buta aku
tidak pada hati
dan tentu tidak tuli.
biar bisa aku hadap
rasional
memikir cuma yang benar.
Sunday, February 13, 2011
Puisi Cinta (AADC)
Satu nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur, dan emosi tercampur
Dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
bibir kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pandita ratu
Di luar itu pasir
Di luar itu debu
Hanya pasir meniup saja lalu hilang
Terbang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu
Jiwa ini adalah tandu
Maka duduk saja...maka akan kita bawa semua
Karena kita adalah satu
Angan, debur, dan emosi tercampur
Dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
bibir kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pandita ratu
Di luar itu pasir
Di luar itu debu
Hanya pasir meniup saja lalu hilang
Terbang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu
Jiwa ini adalah tandu
Maka duduk saja...maka akan kita bawa semua
Karena kita adalah satu
Puisi Rangga I
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.
Puisi Rangga II
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci
Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
Ah…ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ………
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci
Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
Ah…ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ………
Saturday, February 12, 2011
bukti sakti
apa lagi kau mahu?
sedang yang lain nya
hanya cukup-cukup saja
gunalah
kudrat mu
tulang empat kerat mu
biar rembes peluh
basah di tubuh mu.
jgn kau meminta
dengan bebel omelan
buat sakit
di gegendang ku
bikin muak
di pandangan ku.
mana bukti sakti
tunjuk di hadap ku
biar aku mati kerat jari
biar aku senyum sumbing
sendiri.
sedang yang lain nya
hanya cukup-cukup saja
gunalah
kudrat mu
tulang empat kerat mu
biar rembes peluh
basah di tubuh mu.
jgn kau meminta
dengan bebel omelan
buat sakit
di gegendang ku
bikin muak
di pandangan ku.
mana bukti sakti
tunjuk di hadap ku
biar aku mati kerat jari
biar aku senyum sumbing
sendiri.
Tuesday, February 8, 2011
Beruang dan Kambing
kamu itu beruang
garang bukan kepalang
tapi aku sayang.
kamu itu beruang
bicara sahaja
buat aku terbang
lalu lari terawang-awang.
kamu itu beruang
aku terbangkan si nota layang
berpena ungkap emas
selamat malam sayang.
......
aku ini kambing
mandinya payah
tp harum kotak hati
bukan main.
aku ini kambing
cepatnya melenting-lenting
sejuknya
secepat mungkin.
aku ini kambing
bersama beruang
berjalan sambil lari-lari
jatuh dan berdiri
terbang tinggi-tinggi
usah terlihat ukiran sumbing.
garang bukan kepalang
tapi aku sayang.
kamu itu beruang
bicara sahaja
buat aku terbang
lalu lari terawang-awang.
kamu itu beruang
aku terbangkan si nota layang
berpena ungkap emas
selamat malam sayang.
......
aku ini kambing
mandinya payah
tp harum kotak hati
bukan main.
aku ini kambing
cepatnya melenting-lenting
sejuknya
secepat mungkin.
aku ini kambing
bersama beruang
berjalan sambil lari-lari
jatuh dan berdiri
terbang tinggi-tinggi
usah terlihat ukiran sumbing.
Monday, February 7, 2011
khabar dari bonda II
Akur saja aku
bukan tunjangnya
'saya terima!!'
tidak untuk itu.
Mari rasional tentang itu
ambil secara ranum
kau punya otak geliga
aku punya hak menggeleng kepala
omong tidak.
Jangan digoncang aku
atau kau, aku buang.
bukan tunjangnya
'saya terima!!'
tidak untuk itu.
Mari rasional tentang itu
ambil secara ranum
kau punya otak geliga
aku punya hak menggeleng kepala
omong tidak.
Jangan digoncang aku
atau kau, aku buang.
Sunday, February 6, 2011
khabar dari bonda I
sejak bila
aku tentunya tak percaya
dan gelak saja
mana mungkin untuk itu.
kau kata, kau mahu
aku tidak
dan tak akan mahu
mana mungkin.
apa kau tahu
ini tentang aku
aku bukan ilmuan
tp ilmu yg aku damba
aku bukan sejarawan
mana mungkin aku suka.
ini aku
...
jujur ku kata tidak
aku tak mahu
aku bukan siapa-siapa
ini aku.
cari saja yang lain selayaknya kamu
sama tinggi dan rendahnya
biar puas dicanang satu kampung.
maaf untuk itu
ini tentang aku.
aku tentunya tak percaya
dan gelak saja
mana mungkin untuk itu.
kau kata, kau mahu
aku tidak
dan tak akan mahu
mana mungkin.
apa kau tahu
ini tentang aku
aku bukan ilmuan
tp ilmu yg aku damba
aku bukan sejarawan
mana mungkin aku suka.
ini aku
...
jujur ku kata tidak
aku tak mahu
aku bukan siapa-siapa
ini aku.
cari saja yang lain selayaknya kamu
sama tinggi dan rendahnya
biar puas dicanang satu kampung.
maaf untuk itu
ini tentang aku.
Saturday, February 5, 2011
itu ini jalan aku
Itu ini jalan aku
Tiada selalu bergaris lurus
Mana mungkin tidak bengkok
Aku tak punya pembaris
Untuk menggaris yang lurus-lurus.
Itu ini jalan aku
Aku warnai dengan warna-warna
Agar yang sedikit bengkok itu
Terlihat indah
Biar yang bengkok sedikit itu
Ternampak lurus.
Itu ini jalan aku
Tidak pula aku kisah
Dengan siapa dan tentang apa
Aku mulai dengan doa
Agar tiada aku lupa siapa-siapa
Dan apa-apa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
